18 Cara Kawal Ekzema Si Manja.





Anak alami ekzema? Jangan bimbang! Terdapat pelbagai ikhtiar yang boleh diusahakan agar ia tidak mengganggu anak anda daripada melakukan aktiviti seharian, sekali gus boleh tidur lena pada malam hari.
Terdapat beberapa jenis ekzema seperti atopic eczema, seborrheic eczema, statis eczema, allergic contact dermatitis dan juvenile plantar dermatosis. Setiap jenisnya mempunyai ciri-ciri berbeza. Secara umumnya ramai yang mengalami ekzema atopik.
Ekzema mempunyai tanda-tanda seperti kulit yang kering, rasa kegatalan dan kemerahan di bahagian yang terlibat iaitu pelipat lutut, tengkuk dan lengan.
Kulit yang kering akan menyebabkan rasa gatal dan ingin menggaru. Akibatnya kulit menjadi sasaran untuk jangkitan. Kulit menjadi luka dan berair apabila digaru. Kadang-kala menimbulkan gelembung kecil dengan cecair di bawah permukaan kulit. 



Seterusnya ia mencetuskan pembebasan radang bahan kimia dan kulit akan menjadi radang, lalu mengganggu kesihatan kulit.
Selain merawat penyakit ekzema, terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan dalam mengawal ekzema di kalangan anak kecil seperti dikongsikan oleh Dr. Mazlin Baseri, Pakar Dermatologis, KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital.
Salah satunya ialah penjagaan diri secara teliti dan konsisten. Ikuti beberapa perkara yang mesti dilakukan supaya ekzema dapat dikawal.
1. Pastikan badan anak bersih dan lembap. Mandi secara cepat, satu hingga dua kali setiap hari dapat membantu mengurangkan kekeringan kulit.
2. Meluangkan masa tidak lebih daripada 10 minit bagi memberi sapuan minyak semula jadi pada kulit badan.
3. Gunakan air suam atau sejuk dan bukannya air panas. Air panas boleh mengaktifkan kelenjar peluh dan mendorong kemerahan dan kegatalan.
4. Elakkan penggunaan krim mandi wangi, mandi minyak dan mandi buih yang boleh mengundang pencetus ekzema.  
5. Gunakan pembersih yang lembut semasa mandi di kawasan di mana ia diperlukan. Bilas dengan sempurna.
6. Jangan gosok badan dengan tuala kecil kerana ini boleh merengsakan kulit.
7. Pelembap yang baik (krim dan losen) membantu memelihara kelembapan semula jadi kulit dan mencegah daripada kering. Ini membantu penurunan gatal, ruam dan jangkitan.

Related image

8. Lembapkan kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari.
9. Selepas mandi, melembapkan kulit segera, dalam masa tiga minit. Jika perlu terus sapu krim dalam bilik mandi.
10.Sediakan bekas kecil yang mengandungi pelembap. Kemudian bawa ia ke mana-mana sahaja.
11. Kuku melindungi hujung jari dan jari kaki daripada keadaan sensitif. Namun kuku boleh membahayakan kulit jika mula menggaru. Kulit mungkin berdarah dan bakteria boleh memasuki badan melalui luka terbuka.
12. Jika pesakit ekzema terus menggaru, kulit akan menjadi lebih tebal dan kurang responsif terhadap rawatan. Oleh itu, sentiasa jaga kuku agar pendek dan bersih.
13. Amalan menjaga kuku dapat dilakukan dengan mencuci sekeliling dan di bawah kuku setiap hari.
14. Memotong kuku secara kerap dengan pemotong kuku.
15. Potong kuku selepas mandi kerana ketika ini kuku akan lebih lembut dan mudah untuk dipotong.
16. Pakai pakaian yang diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan ringan. Pakaian kapas adalah paling sesuai. Dengan ini, tidur pun lebih selesa.
17. Elakkan pakaian yang diperbuat daripada kain yang mempunyai gentian keras, permukaan tajam atau tekstur tegang  yang boleh merengsakan kulit. Bahan perlu dielakkan adalah bulu, poliester, nilon atau akrilik.
18. Basuh pakaian baru sebelum memakainya. Gunakan bahan pencuci bebas pewarna dan pakaian bebas minyak wangi. Pastikan pakaian anda dicuci teliti untuk mengeluarkan sebarang sisa sabun.
Ekzema yang melibatkan bayi atau kanak-kanak boleh menjadi ujiab hebat kepada ibu bapa dan keluarga pesakit. Kefahaman dan pengetahuan menguruskan penyakit ini dan cara-cara merawatnya dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung pesakit.
Sumber : Pa & Ma
Apa supplements boleh Membantu? Click disini

FACEBOOK: KEZIA WAN
FB PAGE: TALKECZEMA
SHAKLEE ID: 1197756
EMEL: KEZIAWAN90@GMAIL.COM
CONTACT NO: 017 817 3762

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Ekzema bayi: sebab, simptom, rawatan dan supplements

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 



Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya. 

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda. 

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. 

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya. 


Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen dari produk Shaklee iaitu Herbal blend , manakala untuk mandian pula, Basic h2.




Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti  Herbal cream Shaklee 
yang banyak dalam sehari sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering. 

Untuk anti radang, Omega Guard Shaklee amat disyorkan kerana Omega Guard Shaklee mempunyai asid lemak ikan yang tulen dan mempunyai element anti-radang. Sangat disyorkan buat mereka yg ada masalah ECZEMA, Omega Guard ini sangat membantu dengan memberi kelegaan pada kawasan yang gatal dan sekaligus memberi permukaan kulit yang lebih licin dan lembab






Testimoni Eczema dengan Shaklee











Hubungi saya segera jika berminat !

FACEBOOK: KEZIA WAN
FB PAGE: TALKECZEMA
SHAKLEE ID: 1197756
EMEL: KEZIAWAN90@GMAIL.COM
CONTACT NO: 017 817 3762



***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***