Eczema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui,
di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan eczema
dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan, dan sesetengah eczema disertai
dengan masalah asthma.
Perkataan eczema nampaknya tidak asing lagi kerana banyak orang yang
menghadapi masalah ini. Eczema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain.
menghadapi masalah ini. Eczema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain.
Pada bayi, eczema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam
bentuk tompok-tompok merah. Kawasan yang terkena eczema kelihatan
sangat kering, menebal atau bersisik.
Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan eczema ini pada mulanya
kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi
coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman.
Oleh itu, cuba elakkan daripada menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdarah.
Eczema yang teruk memang kelihatan hodoh dan menjijikkan.
Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan
overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan
yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain
yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas
atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah
(i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang
mengandungi bahan kimia yang kuat).
Walaupun masalah eczema ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, tetapi ia
boleh dikawal dengan rawatan dan ubat, rawatan herba, elakkan daripada
kulit menjadi terlalu kering dengan memakai krim pelembab kulit serta jauhkan
daripada bahan-bahan yang boleh menyebabkan kulit gatal.
Jangan risau, eczema tidak berjangkit kepada orang lain,
tidak seperti penyakit kulit lain yang disebabkan oleh bakteria atau fungus
(i.e. kurap, panau).
No comments:
Post a Comment